CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 22, 2009

AGAMA



MODUL KAIFIAT SOLAT TARAWIH

Solat Tarawih yang dikerjakan pada malam-malam Ramadhan adalah amalan sunat yang harus dipatuhi. Kita selaku manusia yang bergelar muslim seharusnya mengambil peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini dengan penuh bersemangat dan ikhlas kerana Allah Taala.

Para Salaf ( سلف ) membaca Al-Quran dari awal hingga akhir di dalam solat Tarawih. Setiap malam dibacanya sekadar yang termampu hingga mereka dapat khatamkan Al-Quran sepenuhnya di akhir malam Ramadhan.


Tauladan ini sepatutnya diikuti oleh seluruh umat Islam. Sesiapa yang tidak berpeluang mengikut jejak langkah para Salaf ini, maka hendaklah berhati-hati supaya jangan terlalu meringan-ringankan solat Tarawih tersebut.

Apa yang sering berlaku hari ini, kebanyakan orang yang barangkali kurang a'rif telah mencuaikan

sesuatu rukun yang wajib di dalam solat, seperti meninggalkan Toma'ninah ( طمأنينة ) pada ruku' ( ركوع ) dan sujud ( سوجود ) kerana terlampau cepat. Kadang-kadang mereka tidak berhati-hati membaca Al-Fatihah ( الفاتحة ) ingin cepat selesai.

Maka mereka ini di sisi Allah Taala dipandang sebagai golongan yang bukan bersembahyang sehingga mendapat pahala dan bukan juga sebagai golongan yang meninggalkan sembahyang.

Hal-hal seumpama ini boleh terjadi apabila seseorang itu telah terperangkap dengan tipu daya dan hasutan syaitan yang sememangnya telah bersumpah di hadapan Allah Taala bahawa mereka akan senantiasa menghasut dan menyesatkan anak-anak Adam.

Syaitan ini sentiasa memasang perangkap terhadap orang-orang yang beramal , sehingga amalannya batal dan tertolak, padahal mereka telah mengerjakan amalan tersebut.

Justeru itu awasilah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

Solat Tarawih yang sempurna, sama seperti solat-solat fardhu , di mana wajib ditunaikan dengan baik mengikut rukun-rukun solat.

Solat Tarawih ini dikerjakan sebanyak 8 rakaat oleh RasululLah SAW. Ianya boleh dikerjakan dengan bilangan genap hingga 20 rakaat bersendirian atau berjamaah. Kemudian diakhiri dengan solat witir sebanyak 3 rakaat dua salam.

Bagi imam yang tidak menghafaz Al-Quran, selepas membaca Al-Fatihah dalam tiap-tiap rakaat yang pertama, hendaklah membaca surah-surah yang pendek iaitu dari surah At-Takathur ( التكاثر ) - ألهكم التكاثر"" hingga surah Al-Lahab ( اللهب ) " تبت يدا أبى لهب وتب "

Pada rakaat-rakaat yang kedua, bacalah surah Al-Ikhlas (اللإخلاص) " قل هو الله أحد "

Bacaan tersebut bermula dari malam 1 Ramadhan hingga 15 Ramadhan. Manakala malam ke 16 hingga akhir, eloklah membaca surah Al-Qadr ( القدر )

إنا أنزلناه فى ليلة القدر" "

bagi tiap-tiap rakaat yang pertama dan surah At-Takathur hingga surah Al-Lahab pada tiap-tiap rakaat yang kedua. #


Niat Solat Tarawih :

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ( إماما / مأموما ) لله تعالى .

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat ( Imam / Ma'mum ) kerana Allah Taala

Niat Solat Witir :

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ / ركعةً ( إماما / مأموما ) لله تعالى .

Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat / satu rakaat ( Imam / Ma'mum ) kerana Allah Taala .

صلوات ممولاكن صلاة تراويح

: الصلاة سنة التراويح جامعة رحمكم الله !

: الصلاة لا إله إلا الله ، لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وهو على كل شيىءٍ قديرٌ .

: اللهم صل على سيدنا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدناومولانا محمد.

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

: صلاة التراويح من قيام شهر رمضان أثابكم الله .

: الصلاة لا إله إلا الله .

أفبيلا سلساي سلام

ركعة 14،10،6،2 دان 18

: فضلا من الله ونعمه .

: ومغفرة ورحمة لا إله إلا الله وحده لا شريك له . له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير .

: اللهم صل على سيدنا ومولانا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

أفبيلا سلساي سلام

ركعة 16،12،8،4 دان 20

: سُبْحَانَ المَلِكُ المَعْبُودُ سُبْحَانَ الملكُ المَوْجُوْدُ سُبْحَانَ المَلِكُ الحَيُّ الَّذِى لا يَنَامُ وَلاَ يَمُوْتُ وَلاَ يَفُوْتُ اَبَدًا سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ المَلاَئِكَةِ والروحِ سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ، ولا حول ولا قوة

إلا بالله العلى العظيم .

Ertinya :

Maha suci Raja yang disembah; Maha Suci Raja yang wujud; Maha Suci Raja yang Maha Hidup; Yang tidak tidur; dan tidak mati; dan tidak pernah silap (lalai) selama-lamanya. Maha Suci Tuhan kami dan Tuhan malaikat-malaikat dan roh. Maha Suci Allah; dan segala pujian untuk Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan melaikan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

: اللهم صل على سيدنا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدناومولانا محمد.

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

بلال

جماعة

بلال جماعة

بلال

جماعة

بلال

جماعة بلال

جماعة

بلال

جماعة

بلال

جماعة

بلال

جماعة

بلال جماعة

بلال

جماعة

دعاء سلفس صلوات

ركعة 14،10،6،2 دان 18

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ، اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

Ertinya :

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepadaMu akan keredhaanMu dari kemurkaanMu dan siksaan neraka. Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah . Engkau amat menyukai pengampunan maka ampunilah kami dan kedua ibubapa kami dan seluruh orang-orang Islam lelaki dan perempuan , dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi.”

دعاء سلفس سلساي صلاة تراويح

بسم الله الرحمن الرحيم ،

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا مصطفى محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ،

اللهم اجْعَلْنَا بالإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ ، وللصلاةِ حَافِظِيْنَ وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وعَنِ اللَغْوِ مُعْرِضِيْنَ ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى الأَخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى البَلاَيَا صَابِرِيْنَ ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا محمدٍ صلى الله عليه وسلم يومَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ ، وَإِلَى الحَوْضِ وَارِدِيْنَ ، وَفِى الجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى أُسْرَةِ الكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ ، وَبِحُوْرٍ عين مُتَزَوِّجِيْنَ، مِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ ودِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ ، وَمِنْ طَعَامِ الجنةِ أَكِلِيْنَ ، ومِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبَيْنِ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقٍ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ من النَبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالحِينَ.

اللهم اجْعَلْنَا فى هذه الليلةِ الشريفةِ المباركةِ من السُّعَدَاءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ ، وَلاَ تَجْعَلْنَا اللهم مِنَ الأَشْقِيَاءِ المَرْدُوْدِيْنَ . إلهَنَا عَافِنَا واعْفُ عَنَّا واغْفِرِاللَّهُمَّ لَنَا وِلوالدِيْنَا وَلأُمَّهَاتِنَا وَلإخْوَانِنَا وَلأَزْوَاجِنَا وَلأَهْلِيْنَا وَلأَهْلِ بَيْتِنَا وَلأَجْدَادِنَا وَلجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَلجَمِيْعِ المُسْلِمِيْنَ المُسْلِمَاتِ والمؤمنين والمؤمنات، الأحياءِ منهم والأموات .

واكتُب اللهم السلامةَ والعافيةَ علينا وعلى عبِيْدِك الحُجَّاجِ والغَزَّاةِ والزَّوَّارِ وَالمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فى بَرِّكَ وَبَحْرِكَ وَجُوِّكَ مِن المُسْلِمِيْنَ، وَقِنَا شَرَّالظَّالِمِيْنَ ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الكَافِرِيْنَ ، يَا مُجِيْبَ السَائِلِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ ، وصلى الله على خَيْرِ خَلْقِهِ محمدٍ وعلى ألِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمْ والحمد لله رب العالمين . أمين يا رب العالمين ...

Ertinya:

“ Segala pujian milik Allah Taala, Tuhan sekelian alam dan salawat serta salam ke atas nabi kami Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekaliannya . Ya Allah jadikanlah kami dengan iman yang sempurna, orang-orang yang menunaikan perintah-perintah fardhu-Mu, yang menjaga solat, mengeluarkan zakat, yang ghairah terhadap apa yang ada pada-Mu, yang mengharapkan keampunan dan yang berpegang kepada petunjuk dan yang berpaling dari perbuatan sia-sia, yang zuhud di dalam kehidupan dunia dan ghairah terhadap kehidupan akhirat. Di kalangan mereka redha dengan ketetapan dan syukur atas sekelian nikmat dan bersabar atas bala-bala dan dikalangan mereka yang berjalan pada hari kiamat di bawah panji Penghulu kami Muhammad SAW. Dan meminum air dari telaga ( Al-Kauthar ) dan yang akan memasuki syurga dan atas katil kemuliaan kami dan duduk. Di kalangan mereka yang mengahwini bidadari-bidadari dan di kalangan mereka yang memakai pakaian syurga dan memakan makanan di dalamnya dan yang akan minum dari air madu yang suci di dalam gelas-gelas yang penuh dan bersama-sama mereka yang telah Engkau beri nikmat dari kalangan nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada’ dan solihin.

Ya Allah jadikanlah pada malan ini di dalam bulan yang mulia ini yang penuh berkat dari kalangan mereka yang berbahagia dan diterima (amalan mereka) dan janganlah jadikan kami wahai Allah dari kalangan mereka yang celaka yang ditolak (amalannya). Tuhan kami sejahterakanlah kami, ampunilah kami dan maafilah kami, juga untuk kedua ibubapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami, isteri-isteri kami, ahli rumah kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami dan seluruh muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat yang hidup dari kalangan mereka ataupun yang mati dan tuliskanlah untuk kami wahai Allah dengan keselamatan dan kesihatan dan juga ke atas hamba-Mu, para haji, mereka yang melakukan ghuzwah, mereka yang berziarah, para musafir dan muqim di daratan ataupun di lautan-Mu dan di angkasa dari kalangan orang-orang Islam dan peliharalah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim dan tolonglah kami ke atas kaum kafir. Wahai yang mengkabulkan (permintaan) orang-orang yang meminta dan tamatkanlah kehidupan kami Ya Tuhan kami dengan kebaikan, wahai yang paling pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi. Dan Allah bersalawat ke atas makhluk-Nya yang terbaik Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat-Nya dan segala pujian milik Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. “

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih

Menurut sabda RasululLah SAW yang diriwayatkan daripada Saidina Ali Ibn Abi Tholib RA katanya RasululLah SAW telah ditanya oleh para sahabat : " Apakah kelebihannya jika seseorang itu mengerjakan sunat solat Tarawih di bulan Ramadhan ? ". Maka dijawab oleh RasululLah SAW seperti berikut :

Malam 01 :

Malam 02 :

Malam 03 :

Malam 04 :

Malam 05 :

Malam 06 :

Malam 07 :

Malam 08 :

Malam 09 :

Malam 10 :

Malam 11 :

Malam 12 :

Malam 13 :

Malam 14 :

Malam 15 :

Malam 16 :

Malam 17 :

Malam 18 :

Malam 19 :

Malam 20 :

Malam 21 :

Malam 22 :

Malam 23 :

Malam 24 :

Malam 25 :

Malam 26 :

Malam 27 :

Malam 28 :

Malam 29 :

Malam 30 :

Allah ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu seperti kanak-kanak yang baru lahir.

Allah Taala ampunkan dosa orang mukmin yang telah lalu serta dosa kedua ibubapanya, jika mereka beriman.

Menyerulah Malaikat di bawah Arasy kepada mereka yang mengerjakan solat Tarawih:

" Teruskanlah solat kerana Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosa kamu. "

Allah berikan pahala seperti orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Allah kurniakan pahala seumpama orang yang bersolat di Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi

dan Masjid Al-Aqsa dengan ribuan pahala dari solat di masjid - masjid lain.

Allah kurniakan pahala 70,000 Malaikat yang tawaf di Baitul-Makmur. Setiap rumput-rampai, batu-batu tempat di mana ia berjalan menuju ke tempat solat tarawih itu sentiasa mendoakan ia agar Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Baginda menentang Fira'un dan Haman.

Allah kurniakan pahala seperti Allah kurniakan kepada Nabi Ibrahim menentang musuhnya, Raja Namrud.

Allah naikkan nilai ibadatnya seolah-olah ibadat para Rasul dan Nabi (Nabi Ibrahim)

Allah kurniakan kepadanya kebaikan dan keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan di

akhirat.

Apabila mati, ia adalah bersih daripada maksiat (bercahaya) .

Datang ia pada hari Qiamat dengan mukanya yang bersih serta berseri-seri seperti purnama.

Datang ia pada hari Qiamat dengan keadaannya yang aman daripada kejahatan dan kesiksaan.

Beberapa Malaikat menyaksikan ia tatkala mengerjakan solat Tarawih itu serta mendoakan keselamatannya di Padang Mahsyar, sewaktu saat pengiraan amal makhluk.

Semua Malaikat di langit berselawat dan mendoakan ia semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Allah mencatatkan ia termasuk dalam golongan orang-orang yang terlepas daripada neraka Jahannam serta di masukkan ke dalam syurga.

Allah memberikan pahala sebanyak mana pahala yang di berikan kepada para Nabi.

Seru Malaikat “ Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup dan yang telah mati).

Allah mengurniakan darjat yang teramat mulia di dalam syurga Firdaus.

Allah mengurniakan ia pahala seolah-olah orang yang mati perang Sabil ( syahid ) dan pahala

para Solihin.

Allah membina sebuah mahligai yang indah daripada Nur ( cahaya ) di dalam syurga.

Allah membangkitkannya pada hari Qiamat dalam keadaan sukacita.

Allah membina bandar yang indah (daripada Nur) untuknya di dalam syurga.

Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab (digalakkan berdoa ketika sujud).

Allah membebaskannya daripada seksa kubur, sihat dan aman serta selamat sehingga hari Qiamat.

Allah memberinya pahala seolah-olah ia telah beribadat 40 tahun.

Allah memeliharanya sewaktu meniti titian Siratal-Mustaqim dan keadaannya seperti kilat yang menyambar .

Allah mengangkatnya 1000 darjat pada hari Akhirat dan termasuk dalam golongan orang yang teristimewa.

Allah mengurniakan 1000 kali pahala mengerjakan Haji Mabrur ( di terima ) di mana tiada

balasan untuknya selain syurga.

Mendapat penghormatan seperti firman Allah: “ Hai hambaKu makanlah segala jenis buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga Al-Khautar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW.

كيفية صلاة وتر

KAIFIAT SOLAT WITIR


Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, solat Hajat, Solat Tasbih dan sebagainya, maka Solat Witir ini bolehlah ditangguhkan dan dilaksana-kan yang terakhir sekali iaitu setelah

selesai dikerjakan semua solat tersebut.

Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjamah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan Solat Sunat Witir tiga rakaat, (dua

salam) dengan berjamaah, sebaik sahaja selesai Solat Sunat Tarawih. #

x


صلوات ممولاكن صلاة وتر

:أَوْتِرُوا وَمَجِّدُوْا وَعَظِّمُوا شَهْرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ الله !

: الصلاة لا إله إلا الله ، لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيىء قدير .

: اللهم صل على سيدنا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدناومولانا محمد.

: صلى الله وسلم عليه .

: اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا ومولانا محمد .

: صلى الله وسلم عليه .

: الصلاة الوتر أثابكم الله .

: الصلاة لا إله إلا الله .

بلال

جماعة

بلال جماعة

بلال

جماعة

بلال

جماعة بلال

جماعة



Bacaan Surah-surah

· Selepas membaca Surah Al-Fatihah rakaat yang pertama bacalah Surah Al-A’laa:

سبح اسم ربك الأعلى

· Selepas membaca Al-Fatihah rakaat yang kedua, bacalah Surah Al-Kafiruun :

قل يأيها الكفرون.

· Selepas membaca Al-Fatihah rakaat yang ketiga (akhir) bacalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas :

قل هو الله أحد

قل أعوذ برب الفلق

قل أعوذ برب الناس

Wassalam... #


Doa Qunut

(Rakaat akhir solat Witir malam 16 hingga akhir Ramadhan)

اللهم اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَنْ أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ ، وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ ، وَصَلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم .

Ertinya :

Ya Allah, berikanlah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk . Berikanlah kami kesihatan sebagaimana orang yang telah Engkau berikan kesihatan. Berilah kekuasaan kepada kami sebagaimana orang yang telah Engkau beri kekuasaan. Berilah keberkatan pada sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami. Jagalah kami dari keburukan sesuatu yang telah Engkau pasti. Sesungguhnya Engkau Zat yang menetapkan dan tiada seorangpun yang menentukan Engkau. Sesungguhnya tiada hina bagi orang yang Engkau beri kekuasaan. Dan Tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau dan Maha Luhur Engkau. Maka bagi Engkau segala pujian atas sesuatu yang Engkau telah pastikan. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada Engkau.Semoga Allah memberi rahmat, berkat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Doa

اللهم إنا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِمًا. وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا. وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا . وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا. وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا. وَنَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ . وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ العَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ. وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْغِنَى عَن النَّاسِ . اللهم رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا. وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا الله يا أرحم الراحمين وصلى الله على خَيْرَ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا وعلى محمد وعلى أله وصحبه أجمعين . الحمد لله رب العالمين .

Ertinya :

Ya Allah ! sesungguhnya kami memohon dari-Mu iman yang berkekalan dan kami bermohon dengan-Mu hati yang khusyukdan kami memohon dengan-Mu yakin yang benar dan memohon dengan-Mu ilmu yang bermanfaat. Dan kami memohon dengan-Mu amalan yang soleh dan memohon dengan-Mu agama yang lurus dan kamibermohon dengan-Mu keampunan dan keselamatan. Dan kami bermohon dengan-Mu kesempurnaan keselamatan dari setiap bala bencana. Dan kami bermohon dengan-Mu kesempurnaan rasa cukup dari meminta-minta di kalangan manusia.Wahai Allah! Tuhan kami, terimalah dari kami solat kami, puasa kami, ibadat kami dan khusyuk kami, amalan merendah-rendahkan diri kami, ibadat kami dan sempurnakanlah kekurangan kami Ya Allah, yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihani> Rahmatilah ke atas sebaik-baik makhluk Saidina Muhammad, ke atas ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya keseluruhannya. Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekelian alam.

Wassalam.....#



0 comments: